Wednesday 5 February 2014

Pendaftaran Tingkatan 1 Ambilan Ke-3 & MUS Kali Ke-2

05/02/2014 | RABU | SMA PARIT RAJA

Alhamdulillah, kini bertambah lagi warga SMAPR yang bakal mengharumkan nama sekolah. Pendaftaran diadakan seawal jam 8 pagi. Kira-kira 20 orang pelajar yang mendaftar yang rata-ratanya pelajar lelaki. Pendaftaran berjalan seperti biasa dan berakhir pada jam 5 petang. Pada keeseokan harinya, semua pelajar ambilan kedua dan ketiga menjalani program Minggu Ukhwah Sekolah. MUS pada kali ini diadakan selama satu hari sahaja di sebabkan kekangan masa yang semakin padat. Diharap semua warga baru ini dapat memberikan komitmen bagi memastikan kecemerlangan SMAPR.














Saturday 25 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 2014M/1435H

25/1/2014 | Sabtu | SMA Parit Raja

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W telah diadakan oleh warga SMAPR atas tanda kasih sayang dan cinta terhadap Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak berkorban demi umatnya yang tercinta serta sabar menghadapi dugaan dan cabaran dalam menyebarkan islam ke seluruh alam. Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan pertandingan perarakkan mengikut tingkatan. Seusai sahaja perarakan, semua pelajar berkumpul di dewan Darul Hana' untuk persembahan pelajar serta pelancaran program SUMUR di samping mendengar ceramah dan penyampaian hadiah bagi pertandingan qasidah dan khat yang telah diadakan pada hari sebelumnya. Program berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jamuan pada jam 12 tengah hari.

Tingkatan 3 Putera

Paluan Kompang Daripada Pelajar Tingkatan 5

Alunan Qasidah Tingkatan 5

Ceramah Ustaz Halim Shah

Sesi Kuiz

Tokoh Maulidur Rasul Putera


Tokoh Maulidur Rasul Puteri










Monday 20 January 2014

Pendaftaran Tingkatan 1 Ambilan Ke-2

20/01/2014 | ISNIN | SMA PARIT RAJA

Setelah selesai menerima pelajar tingkatan 1 ambilan pertama, kini tiba pula giliran pelajar tingkatan 1 ambilan kedua. Pada kali ini, tidak begitu ramai yang hadir disebabkan masalah teknikal yang menyebabkan ibu bapa tidak mendapat maklumat tentang tarikh pendaftaran. Walaubagaimanapun, pendaftaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan dan berakhir pada jam 12 tengah hari.










Wednesday 1 January 2014

Minggu Ukhwah Sekolah 2014

1-3/1/2014 | Rabu-Jumaat | SMA Parit Raja

Sempena kedatangan pelajar baru di SMA Parit Raja, Badan Pengawas SMAPR telah mengadakan satu program khas sebagai minggu suai kenal mereka dengan sekolah. Dalam program ini mereka didedahkan dengan maklumat yang berkaitan dengan sekolah, peperiksaan, koko dan sebagainya. Di samping itu, program ini juga mempunyai beberapa pertandingan seperti sukan, nasyid, syarahan, dan lain-lain bagi mencungkil bakat-bakat baru yang mungkin dapat menaikkan nama SMAPR kelak. Diharap semua pelajar ini bakal menjadi pelajar yang cemerlang pada masa akan datang.


Tuesday 31 December 2013

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Ambilan Pertama

31/12/2013 | SELASA | SMA Parit Raja

Pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 bagi sesi 2014 ambilan pertama telah bermula seawal jam 7.30 pagi yang melibatkan pelajar 2-5 bagi menyambut kedatangan warga baru SMAPR. Lebih kurang 80 orang pelajar yang rata-ratanya mendapat 4A dan 5A telah mendaftar pada tarikh ini.Program kemudiannya diteruskan dengan sesi taklimat kepada ibu bapa dan murid-murid. Selesai sahaja sesi taklimat semua pelajar dibenarkan keluar sebentar bersama ibu bapa dan sesi pendaftaran bersambung semula hingga jam 5:00 petang.